Friday, October 19, 2012

Pekerja wanita berdemostrasi dihadapan kilang - keberanian yg sukar ditandinggi!!

Kebangkitan Pekerja Wanita yg sekian lama dalam tangisan.....untuk mempertahankan Hak Mereka!!!!!

Seramai 561 pekerja Wanita serta lelaki telah tunjuk-perasaan dihadapan kilang mereka kerana pihak majikan enggan mahu bermula perundingan dengan Kesatuan berkaitan dengan Perjanjian Bersama yang Pertama. Maka para pekerja telah bersepakat untuk berpicket dihadapan kilang mereka agar pihak majikan akan membuat satu keputusan terhadap jemputan Kesatuan untuk membincang cadangan-cadangartan CA yang telahpun dikemukakan kepada majikan mengikut Peraturan 13 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Majikan diberi 30 hari dari tarikh surat Kesatuan untuk membuat rundingan dengan Kesatuan, apabila tidak ada sebarang tindakan daripada  pihak majikan maka telah wujud suatu Kebuntuan dalam rundingan dan ini telah menjadi satu pertikaian dimana pekerja-pekerja boleh keluar untuk menjalankan aktiviti picket selepas tamat kerja. Syarikat ini terlibat dalam perusahaan makanan (canned food) dan terletak di Kamunting, Taiping.

Kami sempat merakamkan tunjuk-perasaan ini dan dipamerkan gambar-gambar tersebut untuk kacamata anda.

Gambar-gambar ini jelas menunjukkan keberanian pekerja, khsusnya pekerja wanita.........mai kita sama-sama memberi sokongan kepada perjuangan mereka.....









1 comment:

  1. Mengapa kesedaran mengambil masa yang begitu lama....35 tahun lamanya untuk menubuhkan satu kesatuan ditempat kerja bagi menuntut hak mereka serta kuasa utk mengadakan perundingan atas soal gaji dan syarat-syarat perkhidmatan? Jangan tunggu lama-lama utk menyuara hak anda.

    ReplyDelete